Selasa, 18 November 2014

FAMILY DAY (PULAU PANGKOR)_PART 1

Assalammualaikum...

Haa...yang ni kami plan mase aku dok sibuk bertungku, berbarut bagai di kampung. Line udah le macam siput...dok ber wasap ngan auntie2, cousin and sibling untuk menjayakan family trip ni. Actuallly ni first family trip yang kami buat. Sebelum ni ade jugak tapi tidak la di panggil family trip sebab kami pergi bukan le untuk makan angin bagai. So, yang ini memang khas pergi untuk makan angin. Trip ini dijadualkan pada hari Krismas bulan December ni selama 3 hari 2 malam.

Oleh kerana aku masih berpantang di tambah line yg agak terrible, so cousin aku la yang handle untuk mencari hotel. First thing aku bagi tahu die kena cari hotel or apartment yang agak besar dan mungkin boleh memberi keselesaan kepada semua. Almaklumla, yang pergi ni bukan 3 or 4 org tapi 26 orang. Ramai kan?ni baru betul rombongan cik kiah..haha..lagipun di kalangan kami yang pergi ni ade anak kecil macam aku jugak. Ade jugak yang baru habis pantang mase tu pun joint sekali. Tapi emak dan abah tak sure boleh joint trip ni. Almaklumlah org business. Di tambah plak time nak pergi adelah time krismas dan school holiday, takut ade tempahan untuk wedding ke ape.

So, cousin aku cari punye cari, dapat la kami satu apartment iaitu di Coral Bay Resort, Pasir Bogak. Dah semua setuju maka cousin terus buat tempahan. Bayaran kena buat full payment. Untuk 3 hari 2 malam cost nye ialah RM 816 means RM 408 per night. Tercekik jugak dengar. Tapi iye la kan... dah kate family trip, jadi kami share le. Oleh kerana yang pergi ni terdapat 7 family, maka kami kena bayar RM 116 per family. Ade braekfast jugak tapi xsure untuk berapa org. Jadi tidak la berat sangat kan. Tapi rate time ni memang mahal sbb time krismas and school holiday. Untuk weekdays  and weekend aku tak sure. Korang search la ye..hihi.

Actually apartment yang kami ambil ni ada 3 bilik dan 1 more yang penting untuk aku ade swimming pool. Bukan ape, askar2 aku ni kecik2 lagi. Jadi untuk elak asyik berendam kat beach baik berendam kat swimming pool. At least senang la nak observe kan.So, untuk penginapan dah settle. Untuk kenderaan di sana plak rasenya kami hanya menggunakan van bewarna pink tu sahaja.

Pilihan untuk ke Pasir Bogak bukan ke Teluk nIpah kerana adalah kerana survey yang kami buat sebelum membuat tempahan. Survey dan info yang kami dapat daripada kenalan adik aku yang mempunyai chalet di Pulau Pangkor. Bagus kan...walaupun ade chalet tapi die tak mementingkan keuntungan semata-mata. Die sendiri yang recommend kan menginap di Pasir Bogak. Katanya Pasir Bogak sudah banyak berubah. Kalu dulu Teluk NIpah paling meriah, kini Pasir Bogak tidak kurang hebatnya malah lebih dari tu. Lagipun katanya Teluk Nipah sekarang under construction. Baiknya hati kenalan adikku ini. Tak pe la, next trip kalo ade rezeki boleh menginap di chalet awak pulak ye.

Ni hanya gambaran permulaan untuk ke Pulau Pangkor, sebab last aku pergi tahun 2006 tak silap. Mase bujang. Jadi mungkin sekarang Pulau Pangkor dah banyak berubah. Malah sekarang ni dah ada 2 jeti. Bukan sahaja boleh naik bot di Lumut tetapi juga di Marina Resort yang di katakan masa perjalan lebih kurang 10 minit sahaja. Rasenya harag tiket still same kot.. RM 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak. Tiket ni untuk pergi balik tau. Jangan pulak tiket ni korang hilangkan. So trip ni boleh cuba naik bot di Marina plak.

Sampai sini dulu coretan trip pertama ni..sebab ini hanya gambaran permulaan sahaja. Next entri aku nanti boleh cerita tentang keadaan di sane ye.

Ni aku sertakan pautan untuk Coral Bay Resort tu : http://www.pangkorcoralbay.com.my/

Bye.. assalammualaikum...semoga berjumpa di next entry ye.

Tiada ulasan:

Followers