Jumaat, 23 Januari 2015

PULAU PANGKOR PART 3 : CORAL BAY RESORT

Assalammualaikum

Sudah kuseru berulang-ulang kali untuk mengisi entry blog ni. Kini baru la seruan di terima oleh mood. Tak la mood rajin sangat tapi cukup la kalo untuk mengisi ruang blog yang dah nak bersawang ni ha.

Entry untuk kali ni ingin bercerita tentang tempat penginapan kami. Alhamdulillah...setelah berbulan-bulan kami booking akhirnya kami menjejakkan kaki ke sini juga. Kami memilih Coral Bay Resort sebagai tempat beradu kami. Terletak di Pasir Bogak dan jarak dari jety Pulau Pangkor lebih kurang 4 ke 5 km.Main agak-agak je la. Hihi...

Oleh kerana kami pergi ketika Public Holiday, jadi harap maklum la rate nye. Kalo den sorang hbs setengah bulan gaji.Huhu. Tapi oleh kerana ramai yang pergi, jadi kami share le ramai-ramai. Untuk 3 hari 2 mlm caj yang dikenakan adalah sebanyak RM 816...so satu malam die kire RM 408.00 /night. Semasa check in kena bayar security deposit RM 100.00 yang akan dikembalikan ketika anda check out. Untuk rate biase aku tak sure berapa. Nanti korang check la kat web Resort tu ye. Tak igt link die ape. Korang just google je la ye. Mood malas melanda diri ni. So malas nak cari link tu..hihi..boleh plak macam tu ye...haha...

Kami memilih apartment yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. So far, dari segi facility ok la jugak. Ada swimming pool, ade gym, ade sauna...lg ntah...aku tak sempat nak tinjau semua...sbb 3 hari dok sane..3 hari tu la banyak memerap dalam bilik dek kerana si kecik demam. Kesian kan...tapi nak buat mcm mana. Sabar je la.
Sian baby Aqif...demam..



Keadaan sekeliling nampak ok la. Bersih. Cuma rate untuk berbintang-bintang yg diberi untuk hotel ni macam x berapa nak kena. Tapi terpulang la pada masing-masing punya pandangan. Aku tak sempat snap gambar dalam apartment. Sibuk dengan si kecik je kan. Cuma dapat sedikit view daripada luar apartment.

Ni view dari coridor luar apartment


Posing tak boleh blah laki aku ngn p.ude
mase nak balik..posing sat kat dpn hotel

Actually di Pasir Bogak ni pun ok tapi mungkin tak semeriah di Teluk Nipah. Tapi kat Pasir Bogak ni pun not bad. Jarak Coral Bay Resort lebih kurang 500 meter je. Jalan kaki pun x sempat nak berpeluh. Walaupun baby Aqif demam tapi ku gagahkan juga berjalan ke pantai tapi x la berjimba-jimba. Masih sedar diri lagi.

Kedai-kedai runcit dan kedai cenderahati pun banyak. Kat dalam Coral Bay Resort pun ade. Jadi untuk aku yang ade anak kecil di tambah dengan keadaan tak berapa nak sihat jadi ok la kan. Agak murah jugak. Baju T-shirt "I Love Pangkor" tu untuk dewasa 2 helai baru RM 12.00. Baju kanak-kanak pula sampai 4 helai aku beli akibat terlalu murah. 1 helai RM 4 sahaja. Giler murah. Lepas tu dapat la rembat key chain untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan office. 5 keychain baru RM 10.00...murah kan.. tapi aku tak tahu la kalo ade tempat lagi murah.

Pada hari ke-2 kami di Coral Bay resort, hujan turun di bumi Pangkor...daripada pagi hingga la ke tengahari. Jadi tiada aktiviti outdoor yang dapat kami buat. Yang aku ni dah tentu la duduk dlm apartment je. nasib baik kami bawak dapur bagai. Siap masak ikan masin lagi kau..haha...nasib pihak hotel tak tahu...kalo tahu mahu di halau nye kami..haha..tapi iye la kan..ramai yang pergi tu, kalo nak makan luar boleh tahan jugak kos tu kan. Dalam hujan-hujan tu makan ape semua licin. Ikan masin pun laju. Oleh kerana anak aku yang lagi 2 org tu kurang perhatian daripada ibu bapa sendiri...jadi mereka hanya bermain di swimming pool je. jJdi pilihan kami tepatla memilih Coral Bay Resort. Pantai-pantai no la ye. Satu sebab hujan...yg ke-2...ibu awak ni tak sempat nak tengok..adik awak kan demam...harapkan ayah sorang je tak termampu ayah korang eh..Nasib ade ibu-ibu sedara dan pak sedara cilik yang tolong. haha..


Kakak Nina

Abang Ngah

Abang Ngah main kat atas je...penakut..harap muka je ganas..haha
Pihak Coral Bay Resort juga ade menyediakan breakfast untuk 6 orang selama 2 hari. Jadi kami bergilir-gilir dalam 2 hari tu untuk turun makan.

Hari ke-3 tu kami bersiap siaga untuk pulang. Kami kena check-out pukul 12. Lebih pukul 12 tghr akan dikenakan caj tambahan. Poyo je kan..haha..

So far, ok la resort ni untuk mereka yang ingin kan kedamaian. Tapi di sekitar resort ni tak la banyak pilihan sangat daripada segi kedai-kedai runcit or cenderahati tapi harga untuk cenderahati dan baju memang terbaik. Yang tak best duduk kat sini, walaupun ade kedai runcit tak semua barang ade tau. Macam hari tu, berpusing aku mencari susu baby aqif...nasib ade kawan adik yang memang dok pngkor tu ade. Dia la penyelamatku. Moral of the story sebelum bertolak ke Pangkor tu beli la barang-barang keperluan anda dahulu ye. Sudahlah nak g ke satu tempat tu semua memerlukan van pink tu. Tapi takkan la anda nak habiskan bajet untuk transport je kan. Kalo ade pun harga harap maklum la ye..huhu...

Nak sewa motor or kereta plak korang kena hati-hati. Banyak yang manis mulut tapi rupanya harga membunuh. Dekat Coral bay Resort tu dok besar tulis motor sewa RM18 / day. Tapi bile di tanya rupanya satu hari tu die kire ambil pukul 12 and kena pulangkan pukul 8 mlm. Itu yang di kira 1 hari. Tengkorak betul la. Seriously, korang kalau dah sampai Pangkor ni jgn dok excited sgt dengan harga transport ke ape. Kena pilih secara berhati-hati sebab kadang-kadang harga memang tak reasonable. Selalunya bile anda naik ke JEty Pangkor. Tapi kalo korang jenis yang ade bajet banyak mungkin xde hal la kan. Ni sebab bajet den ciput...Hihi..

Ok la entry kali ni ye...nanti bile ade seruan untuk menulis lagi, ade la....kalo tak tunggu la sebulan ke 2 bulan ke..hihi

Wassalam...








Tiada ulasan:

Followers