Khamis, 9 Julai 2015

TRIP BFF SABAH : PART 1

Assalammualaikum,

Baru la ada kesempatan menikmati dan meninjau blog ku yang telah bersawang sakan ni. Alkisah Sabah trip ni pun dah lapuk. Nak tulis ni pun kena 'perah' balik ingatan. Sibuk bebeno sampai tak sempat nak update.

Aliksah kami BFF bersama family masing-masing membuat plan untuk terbang ke Borneo. Amek kau...tak prnh trip jauh2..sekali terus ke Borneo. Bukan main excited, 7 bln sebelum ke Sabah kami dah book tiket siap-siap dah. Alhamdulillah, ade di antara kami BFF ni yg pakar dalam book2 ni. Kalo aku yang book mahu la kot ke Nepal .hahaha...memang tak familiar nak book2 tiket ni. Bukan tiket bas oiii..tiket kapal terbang tu. Kalo salah 7 keturunan tak ilang cite.

Hari berganti hari, tunggu punya tunggu maka tiba masenya kami menaiki kapal terbang menuju ke Sabah pada 24hb May 2015. Gila punya excited. Mahu tak excited...tak pernah naik kapal terbang wooo..mak excited...anak2 lg excited...sebelum pergi pagi tu malam tak mahu tidur.Usah kata anak, mak bapak pun sama. Dalam hati risau pun ade. Almaklumla..byk no la plak cite kpl terbang MAS ni. Udah la kami pun pergi ni naik MAS jugak. Tapi sedap kan la ati. Kalo nak mati kat mana2 pun boleh kan.

Kami dijadualkan menaiki flight pada pukul 9.20 pagi. Kul 6 dah kluar dah. Punya la semangat. Tp bukan sebab semangat sgt la, sebabnya pertama kali naik flight kan..jadi nak kena sampai awal la. Tambah plak kami masing-masing ade anak kecil yang berumur bwh 2 tahun. Kami tidak dibenarkan untuk membuat web check in. So maka awal la kami terconggok di KLIA tu. Tak per..bior cepat jgn lambat. Oleh kerana takde pengalaman langsung berurusan utk naik flight maka kuserahkan segala nya pada sahabatku. Dia la yang tolong buat KIOSK check in dan luggage check in. Yang aku suka sangat dengan MAS ni, luggage yang dibenarkan setiap sorang boleh bwk 30 kg. So kalu aku satu keluarga termasuk infant 10 kg ialah 130 kg. Nah ko..boleh bwk brg pindah terus..kikiki..Apa pun kalo MAS boleh bagi rate yang reasonable, better lepas ni pilih MAS jugak. Dah tak payah risau psl luggage n makan. Sume included. Tapi kena tengok bajet jgk la. Macam kami ni beli masa ade promotion rate mase tu. Kredit to sahabatku blogger for http://syahmianakmama.blogspot.com

Dah settle sume urusan check in, kami semua bersarapan di KFC, KLIA..Punya la syok breakfast...jalan pun terkedek2..nasib tak kena tinggal flight. Kalo Air Asia dah lame kena tinggal kot. Nasib kami baik bile petugas2 MAS masih membenarkan kami untuk masuk ke kabin flight. Huh...nasib tak kena tinggal. Kalo x luggage je la sampai ke Sabah. Kite ni tengok je la bag terbang huhuhu...Terbaik la MAS...Korang jangan la jadi macam kitorang ye...kalo Air Asia..good bye la nak tunggu.

Ketika menunggu abang teksi utk ke KLIA

Di KLIA 1

Keluargaku

Sempat berposing semasa breakfast di KLIA

Rancak berborak - Tak sedor awak dah nak kena tinggal flight

Ha...ni dah sampai KK Aiprort

Yang ni amek mase rase batak naik flight. Gambo ni je ade..gambo dlm x sempat nak snap, pramugari MAS peramah sgt dengan ibu2 yg ade anak kecik ni..hihi
  
Tapi seriously, perkhidmatan MAS memang terbaik. Sehinggakan naik rimas bile terlebih di layan..haha..boleh plak macam tu kan. Tak payah la susah2 beli tiket business or VIP class...Economy Class pun rase macam 1st class.
Punya la seronok naik kapal terbang, aku tak tidur sepanjang perjalanan. Perasaan mula2 agak takut sebab macam pikir jahat terlintas dalam kepala. Part paling aku seriau mase flight nak naik. Mak aii...rase nak tercabut dah jantung. Terus tutup tingkap tepi sebab gayat punya pasal. Adam anak aku punya la seronok, sikit pun takut macam mak die. Si kakak ntah macam mana rupe sebab kakak duduk dengan antie Wani die. Dah sampai atas hati tu rase macam nak tengok bawah tapi takut gayat plak. Dek kerana semangat oleh En. Suami..ku gagahkan jugak tgk ke bawah. Masyaallah...aku sedang di atas rupenya. Selalu tengok je dr bawah kapal terbang lalu. Yang terbaik MAS ni, semasa di atas awan, perjalanan nye very smooth. Kalo goyang pun tak la rase gayat sangat. Orang cakap kalo naik Air Asia terasa gayat jugak sebab kerap berlanggar dengan awan. Wallaahualam..sebab aku pun dgr org cakap. Tak de pengalaman lagi naik Air Asia. Mungkin lepas ni ade rezeki boleh cuba ye dok. Semasa di atas awan, aku terpesona dengan keindahan ciptaan Allah SWT. Rase nak nangis sebab rasenya terlalu banyak sangat pikir psl hal dunia..sehingga kan kite tak sedar ade ciptaan ALLAH SWT yang MAHA HEBAT...Masyaallah...indahnye ciptaanMU. Seriously, aku terpaku bile berada di atas awan. Alhamdulillah, rezeki anak2ku juga sebab berpeluang kecil2 lagi dah berpeluang untuk menikmati keindahaan ciptaan Tuhan.

Nanti sambung lagi la cite ye. Jenuh dah pikior nak tulis apa lagi. Dah lapuk dalam kepala dah. Semoga berjumpa lagi di Trip BFF Sabah : Part 2.









Tiada ulasan:

Followers